Assalamualaikum..
untuk kali ini, ustazah Ya nk post set induksi yg akan digunakan dalam PDP..set induksi ni digunakan untuk tajuk Ibnu Khaldun..
set induksi yang akan digunakan dalam tajuk Ibnu Khaldun ini adalah gambar-gambar berkaitan dengan tokoh..gambar-gamabr tersebut adalah gambar Albert Eistein dan Ibnu Sina sebagai tokoh ilmuwan dunia..
langkah penggunaan set induksi ini adalah seperti berikut:
1. guru memaparkan gambar tokoh di hadapan pelajar..
2. pelajar akan meneka gambar tokoh tersebut dengan menyebut nama tokoh tersebut. kalu pelajar tak dapat jawab, maka guru akan bagitau nama tokoh tersebut..
3. kemudian, guru akan bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar..antara contoh soalan yang ditanya oleh guru adalah :
- apakah sumbangan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh tersebut?
- siapakah tokoh ilmuwan yang islam yang lain selain ibnu sina yang kamu tahu?
- siapakah tokoh ilmuwan islam yang menyumbang kepada bidang sosiologi dan sejarah?
4. bila pelajar menjawab soalan tersebut, guru akan mengaitkan jawapan akhir pelajar dengan tajuk pembelajaran..iaitu tajuk ibnu khaldun..
langkah penggunaan set induksi ini boleh ditambah baikkan mengikut kreativiti seseorang guru itu..bentuk persoalan yang dilontarkan kepada pelajar juga boleh diubah..ini cuma satu cadangan daripada kami sahaja untuk membantu para guru sekalian..
--------------------------------------------------------------------------
di bawah merupakan set induksi yang kami guna dalam PDP..iaitu gambar tokoh ilmuwan dunia..
|
Albert Eistein |
|
Ibnu Sina |
|