twitter
rss

Showing posts with label Set Induksi. Show all posts
Showing posts with label Set Induksi. Show all posts

Asslamualaikuummmmm...ustazah shin di siniiii...yuhuuuuuu....semua sihat tak hari ni? ustazah shin kurang sihat sikit hari ni...uhuk uhuk batuk sikit...sepanjang pengalaman ustazah shin nak sampai  " turn " mengajar tu...dok terpikir-pikir ni...set induksi apa nak buat...pikir set induksi jer pon da serabut serabai kusut masai semua ada lah...macam-macam persoalan timbul bukan setakat timbul, tenggelam sekali ha..hehe..


Ustazah shin dapat tajuk Sedekah Pemangkin Kesejahteraan...jadi, kamu semua boleh buat lakonan...contohnya,  boleh mintak 3 orang pelajar tampil ke hadapan... seorang akan jadi peminta sedekah, 2 orang lagi jadi pemberi sedekah..atau..kamu semua boleh gunakan powtoon...

sila klik ni untuk tengok powtoon set induksi saya set induksi sedekah pemangkin kesejahteraan

Assalamualaikum semua...

apa khabar?? harap-harap sihat belako lah..dalam keadaan cuaca yg tidak menentu sekarang ni..kejap hujan kejap panas, kn...tp alhamdulillah, saya masih sihat lagi..hehe

entri kali ini adalah sedikit perkongsian set induksi yg menggunakan aplikasi powtoon..khas untuk guru-guru..aplikasi ni semacam powerpoint tp ada animasi dan berbentuk video..menarik untuk menarik perhatian pelajar..

saya telah mencuba aplikasi ini..dan telah mengcreate satu set induksi untuk tajuk Saidina Umar..iaitu salah satu daripada tajuk dalam bidang sejarah dan tamadun islam tingkatan 2..guru-guru boleh klik set induksi saidina umar untuk melihat..kalu guru-guru nak create powtoon sendiri, boleh klik di link yang telah di postkan oleh Ustazah Nun di sini. firstly, sign up the powtoon to create..boleh jugak sign up using facebook atau google plus..

selamat mencuba!!!

Assalamualaikum semua, ustazah nun sini.. :)

Petang ahad ni tak tahu nak buat apa, ada masa lapang ni boleh lah share dengan rakan guru tentang set induksi..

kita mahukan yang simple je kan untuk set induksi ni..

jadi, ustazah nun memilih software PowToon untuk set induksi kali ni...

aplikasi ni sangat mudah untuk buat video yang simple dan bergerak-gerak.. anak murid mesti suka dan rasa seronok nak mulakan pembelajran..

tapi aplikasi ni agak lama sikit untuk loading.. jenuh juga nak tunggu.. tapi memang best!!

kalau nak cuba klik PowToon

--------------------------------------------------------

jadi, inilah hasil untuk newbie macam ustazah nun.. heee

ustazah ni bukan kreatif  tapi demi anak2 murid kan, ustazah kreatifkan jugak diri.. hehe

untuk lihat klik : Nikmat dan Musibah

Published!




Assalamualaikum..

untuk kali ini, ustazah Ya nk post set induksi yg akan digunakan dalam PDP..set induksi ni digunakan untuk tajuk Ibnu Khaldun..

set induksi yang akan digunakan dalam tajuk Ibnu Khaldun ini adalah gambar-gambar berkaitan dengan tokoh..gambar-gamabr tersebut adalah gambar Albert Eistein dan Ibnu Sina sebagai tokoh ilmuwan dunia..

langkah penggunaan set induksi ini adalah seperti berikut:

1. guru memaparkan gambar tokoh di hadapan pelajar..

2. pelajar akan meneka gambar tokoh tersebut dengan menyebut nama tokoh tersebut. kalu pelajar tak dapat jawab, maka guru akan bagitau nama tokoh tersebut..

3. kemudian, guru akan bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar..antara contoh soalan yang ditanya oleh guru adalah :
             - apakah sumbangan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh tersebut?
             - siapakah tokoh ilmuwan yang islam yang lain selain ibnu sina yang kamu tahu?
             - siapakah tokoh ilmuwan islam yang menyumbang kepada bidang sosiologi dan sejarah?

4. bila pelajar menjawab soalan tersebut, guru akan mengaitkan jawapan akhir pelajar dengan tajuk pembelajaran..iaitu tajuk ibnu khaldun..

langkah penggunaan set induksi ini boleh ditambah baikkan mengikut kreativiti seseorang guru itu..bentuk persoalan yang dilontarkan kepada pelajar juga boleh diubah..ini cuma satu cadangan daripada kami sahaja untuk membantu para guru sekalian..

--------------------------------------------------------------------------
di bawah merupakan set induksi yang kami guna dalam PDP..iaitu gambar tokoh ilmuwan dunia..

Albert Eistein

Ibnu Sina